LONDON: Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama semusim ke Real Madrid.
Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 28 tahun itu, yang menyertai The Blues dengan nilai 71.6 juta pound (AS$90.7 juta) daripada Athletic Bilbao pada Ogos 2018, menandatangani kontrak di Bernabeu sehingga Jun tahun hadapan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Real memerlukan penjaga gol baharu selepas Thibaut Courtois diketepikan untuk majoriti musim ini kerana kecederaan ACL.
Kenyataan di laman web rasmi Real berkata: "Real Madrid CF dan Chelsea FC telah bersetuju untuk meminjam pemain Kepa Arrizabalaga, yang dikaitkan dengan kelab musim ini, sehingga 30 Jun 2024.
"Dalam penampilan lima musimnya di Chelsea, beliau telah memenangi satu Liga Juara-Juara, satu Piala Dunia Kelab dan satu Liga Europa."
Kepa akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid pada petang Selasa.
Kepulangannya ke Sepanyol berikutan ketibaan rakan senegara Robert Sanchez berusia 25 tahun di Stamford Bridge dari Brighton.
Satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu berkata: "Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah melengkapkan perpindahan pinjaman sepanjang musim ke kelab La Liga, Real Madrid.
"Kelab mengucapkan selamat maju jaya untuk musim hadapan di Madrid, di mana beliau akan bekerjasama dengan bekas ketua jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
Kepa akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid pada petang Selasa. - Gambar fail/AP
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
Chelsea pinjamkan penjaga gol Kepa Arrizabalaga ke Real Madrid
Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama semusim ke Real Madrid.
Kepa Arrizabalaga selamatkan maruah Chelsea
Chelsea patut berterima kasih kepada Kepa kerana memastikan rekod tanpa kalah mereka di bawah Graham Potter dipertahankan.
Kepa, De Gea perlu belajar daripada Anthony Joshua - Southall
Penjaga gol Manchester United, De Gea, turut melewati beberapa kempen sukar dan berada dalam tekanan untuk mengekalkan kedudukannya.
Tottenham gantung penyokong baling cawan ke arah Arrizabalaga
Tottenham Hotspur telah mengeluarkan larangan serta-merta terhadap penyokong yang membaling cawan ke arah penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.
Sarri bakal ke Juventus
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri bakal ke Juventus selepas kedua-dua pasukan mencapai kata sepakat pada Khamis.
Kelab Inggeris takluk Eropah musim ini
Empat kelab Inggeris layak ke dua pentas final kejohanan Eropah buat kali pertama dalam sejarah.
Chelsea mara ke final Liga Europa, tundukkan Eintracht Frankfurt 4-3
Skuad bimbingan Maurizio Sarri mara selepas menundukkan Eintracht Frankfurt 4-3 dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung awal pagi tadi.
Chelsea sambar penjaga gol baharu untuk yuran rekod dunia RM377 juta
Pembelian Kepa Arrizabalaga untuk ganti pemergian Thibaut Courtois ke Real Madrid pecahkan rekod perpindahan Alisson Becker dari AS Roma ke Liverpool.